Telah menjadi lumrah kehidupan bagi seseorang ingin mendapatkan sesuatu apa yang dia mahu. Tak kiralah apa-apa pun asalkan dia dapat merasai apa yang dihajati samada sesuatu yang haram apa lagi yang halal. Bagi individu muslim daif macamana pun hukum asas halal-haram semua orang tahu. Tapi atas kepercayaan 'nanti bolih bertaubat' sesuatu yang haram dibuat tanpa rasa bersalah. Kononnya Allah tu maha penyayang dan setiap orang yang ada syahadah akan masuk syurga. Sikap begini akibat dari kejahilan majoriti umat islam pada hari ini. Akhirnya hukum dikesampingkan dan terjadilah gejala sosial yang amat berleluasa hari ni.
Satu perkara yang penting yang harus kita faham bahawa setiap perbuatan salah yang dilakukan itu pasti akan ada musibahnya cuma cepat atau lambat, di dunia ataupun di akhirat. Rasullallah pernah berdoa memohon kepada Allah agar azab untuk umatnya ditangguhkan ke akhirat nanti. Sebab itu apa jua musibah yang menimpa diri kita itu hanyalah sesuatu yang kecil. Kita tidak dihukum seperti hukuman keatas kaum Nabi Luth dan Nabi Noh. Tsunami yang berlaku beberapa tahun dahulu pun tidak menghapuskan seluruh penduduk setempat. Masih ada lagi yang hidup bagi menyambung zuriat keluarga tidak seperti yang terjadi kepada kaum Aa'd yang Allah hapuskan secara keseluruhan dan Allah menggantikan dengan kaum yang baru. Azab allah untuk umat akhir zaman ini selain dari bahang neraka didunia akan Allah sempurnakan di akhirat nanti dengan azab yang amat dasyat bergantung kepada jenis dosa masing-masing. Manusia hari ini walau buat maksiat dan derhaka kepada Allah, rezeki masih kita perolehi, udara Allah masih lagi bolih kita hirup, orang kafir misalnya masih lagi kaya raya dan bertambah kaya, kita masih lagi bergaya dengan kereta besar ke hulu kehilir dan berbagai bentuk nikmat hidup yang lain. Adalah menjadi hak Allah samada ingin memberi musibah atas perbuatan kita atau membiarkan terus memberi nikmat kehidupan sehingga sakaratul-maut. Orang yang Allah biar lagha ini ada yang mendabik ada sambil berkata 'kalau Allah murka atas perbuatan dia sudah tentu Allah dah tarik nikmat kehidupan yang dia kecapi'. Akhirnya dia berada dalam kesesatan hinggalah ke akhir hayatnya. Sebenarnya musibah keatas seseorang tu bolih diterjemahkan sebagai peringatan. Kalau ianya sebagai satu pembalasan dunia dan kita redha menghadapinya maka insyaallah balasan di akhirat nanti akan menjadi ringan atau tidak ada langsung sekiranya kita bertaubat kepada Allah dan matinya kita sebagai kematian yang khusnul-khatimah.
Berzina adalah dosa besar yang cukup jelas tetapi hari ini telah menjadi satu perkara biasa dalam masyarakat. Seperti yang pernah didedahkan oleh seorang pensyarah UKM seketika dahulu hasil dari kajiannya terhadap lebih dari 700 pelajar yang bermasalah, cuma seorang sahaja yang tidak pernah berzina. Kalau kita rajin berchatting dan menyamar sebagai seorang seducer kita akan jumpa terlalu ramai rakan chatting wanita akan terpaut dan bersedia untuk bertemu dan melakukannya. Yang chatters lelaki pula hampir 95% berada disitu untuk mencari mangsa. Bukankah ini satu penyakit masyarakat yang cukup berat yang harus ditangani oleh semua pihak. Adalah tidak wajar kemelut ini disemarakkan lagi dengan program-program yang melalaikan terutama program-program TV yang semua siarannya mendapat restu pemerintah.
Baiklah, saya hendak fokuskan kepada satu isu disini iaitu 'Maksiat dan Solat'. Saya memilih untuk panjangkan isu ini kerana solat berkait rapat dengan maksiat. Allah berfirman bahwa solat itu bolih mencegah perbuatan fasya' dan mungkar. Tidak solat atau solat yang bagaikan ayam mencatuk makanan atau solat yang dihujung waktu tidak lain melainkan tempat orang gulungan ini ialah azab Allah di akhirat nanti. Bagaimana pula keadaannya semasa didunia bagi orang yang tidak solat atau tidak menjaga solatnya. Perhatikan baik-baik orang-rang yang seperti ini tiada sakinah dalam hidupnya. Kebanyakkan dari mereka tidak bolih mengawal nafsu amarahnya...'hot temper', emosinya amat rapuh. Dia bolih buat sesuatu tindakan yang tidak mauk akal atas kesalahan kecil orang lain buat keatas nya atau sesuatu yang tidak disengajakan. Kawan saya bolih pecahkan audio set yang mahal cuma kerana isterinya membelek sms dalam talipon bembetnya, atas alasan 'busy body'. Ada yang bergaduh perkara kecil ketika sedang memandu, ancam isteri dengan memandu laju hingga bolih menyebabkan kemalangan. Sepak terajang suami terhadap isteri juga amat biasa kita dengar. Rata-rata manusia jenis ini menggunakan sentimen emosinya untuk menakutkan orang lain bagi menutup perbuatan salahlakunya. Perhatikan betul-betul orang yang bermasalah seperti ini 100% sure tidak jaga solatnya. Kajian pensyarah tadi juga mendapati semua pelajar yang bermasalah itu tidak menjaga solatnya. Jadi solat lah yang menentukan keadaan diri seseorang dan masyarakatnya.
Rakan-rakan pembaca sekelian, tujuan saya membuka blog ini, ialah untuk kita berkongsi idea bagi membetulkan kemelut yang berlaku dalam masyarakat umat islam di Malaysia hari ini. Kita harus berusaha menghidupkan budaya mencari ilmu. Kita perlu ingat bahawa menuntut ilmu fardu ain itu adalah wajib. Tapi berapa kerat dari kita yang ke madrasah sejam sehari dari magrib ke isya' untuk mendengar kuliah-kuliah fardu ain. Fardu ain maknya wajib. Sesuatu yang wajib kalau ditinggalkan berdosa dan setiap dosa itu tidak lain melainkan akan mendapat azab Allah di akhirat nanti. Hampir 95% dari umat islam akhir zaman ini berada dalam keadaan leka dan ambil sikap acuh-tak-acuh dengan ugama. Pergi kerja balik kerja, makan, mengadap TV, solat dalam keadaan tak sempurna, tidak peka dengan azan walaupun azan berkumandang dari surau berhadapan rumah. Soal hukum dalam kehidupan tidak tau maka banyak perkara yang melanggar hukum kita buat. Kalaulah kita tergulung dalam gulungan yang banyak ini, agaknya layakkah kita melepaskan diri dari seksa kubur? layakkah kita merasa sejuk dari panas matahari yang sejengkal dari kepala kita di padang masyar? kenal kah Rasullallah kepada kita dipadang masyar nanti dan menyuapkan kita dengan air dari telaga kausar untuk menghilangkan dahaga yang teramat dasyat? dapatkan kita syafaatnya yang membolihkan kita meniti talian suratulmustaqim secepat kilat???. Beruntunglah gulungan yang sedikit yang mengesakan Allah dalam setiap gerak geri dan tindakan semasa hidup. Dia menjaga solatnya. Dia menjaga amalan sunatnya. Dia menjadikan solat sepertiga malam sebagai sesuatu yang wajib baginya. Dia menjaga diri dan keluarganya dari sesuatu yang haram. Dia tunaikan hak-hak jirannya. Hartanya diurus dijalan Allah, memperbanyakkan sedekah, membantu anak yatim, tidak berkata melainkan yang baik-baik, tidak berhasad dengki, dan sentiasa bertaubat kepada Allah.
Saya kira semua bersetuju dengan saya, penyakit masyarakat berpunca dari kejahilan ilmu fardu ain. Imam syafie pernah mengatakan; orang yang tidak mendengar ilmu fardu-ain ini, hari pertama di ibaratkan orang tu sakit; hari kedua orang itu sakit tenat; manakala hari ketiga orang itu mati iaitu hatinya mati. Perhatikan berapa ramai kah sebenarnya umat islam yang hatinya mati? tidak lain melainkan orang yang tergulung dalam gulungan yang 95% tadi. Untuk menjadi ahli gulungan yang sedikit, perkara penting yang perlu kita buat ialah membebaskan diri kita dari kejahilan ilmu fardu-ain.
Saudara/i, saya bercadang blog ini dijadikan wadah untuk kita berkongsi ilmu fardu-ain. Sekiranya ada sambutan saya akan luaskan blog ini dengan link tertentu untuk pembaca ada access kepada link yang baik-baik untuk kita menimba ilmu. Insyaallah, saya juga bersedia mendengar apa-apa permasalahan saudara/saudari dalam apa jua masalah samada masalah rumahtangga or something related to 'love matter' yang merunsingkan hidup. Stress is another common problem face by almost all of us, let we share how to manage stress. Sekiranya saya tidak mampu membantu insyaallah ramai kenalan saya yang terdiri dari berbagai latarbelakang bolih saya rujuk.
Be frank, I do have faced alot of tribulations in life, the correction that I have made is something precious to be shared with you all. Marilah kita bina satu kehidupan yang bolih membawa SAKINAH hingga ke akhir hayat. So please email me or respond to this blog, muga-muga ada keberkatan di sisi ALLAH.
Amin ya rabbal a'lamin.
Email address : envisa2@yahoo.com or envisa2@gmail.com
Thursday, April 23, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)